wang memainkan peranan penting |
Tanpa wang, kehidupan manusia menjadi sukar apabila urusan jual beli tidak dapat dilaksanakan. Tambahan pula, sejak zaman pra-sejarah lagi sistem barter telah digunakan bagi urusan jual beli sebelum kemunculan nilai mata wang yang lebih spesifik dan lebih teratur penggunaannya.
sistem barter pada zaman dahulu |
Hari berganti hari, penggunaan wang telah berkembang secara meluas ke serata dunia. Ia sedikit sebanyak telah merubah kehidupan individu selari dengan perkembangan teknologi di dunia ini.
Dewasa ini, wang dan material amatlah diutamakan. Justeru, ia mendorong individu untuk menggunakan wang mereka secara boros dan tidak berfikir panjang. Tanpa berkira-kira terlebih dahulu, kita lebih gemar memiliki material tersebut tanpa memikirkan masa yang akan datang. Bagi saya, penggunaan wang yang baik haruslah dititikberatkan bagi memastikan kehidupan kita akan menjadi lebih mudah di masa depan.
Setiap individu inginkan keselesaan dalam kehidupan . Bagi mencapai keinginan tersebut, pengguna perlu ada sistem pengurusan wang yang berkesan agar perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik. Jika pengurusan dibuat secara sistematik, pengguna dapat menjimatkan wang berkali-kali ganda!
jom berjimat-cermat |
Jika kewangan tidak dirancang secara baik, ia akan menimbulkan banyak masalah. Antara masalah yang mungkin timbul ialah hutang. Tentu kita tidak mahu hutang mengelilingi kita keliling pinggangkan? Jadi, fikirkanlah!
6 comments:
takde duit susah la nak hidup..
saya simpan duit dalam tabung, bila dah banyak simpan dalam bank. haha
entri awak best la, goodluck ye..
@anonymous:betul la tuh..
@wafiy: a'ah
@anonymous2: thanks..
Post a Comment