Tanya diri sendiri, adakah barang yang kita beli ini keperluan atau keinginan? Jika keinginan, jangan beli tergesa-gesa, jika ada wang yang mencukupi, sekali sekala memenuhi keinginan tidak mengapa.
Adakah saya boleh mendapatkan harga yang lebih murah di kedai lain? Antara produk A dan B mana lebih berkualiti dan berpatutan harganya? Rajinkanlah diri kita membuat perbandingan, beza yang kecil tidak mengapa, asalkan lebih menjimatkan.
saya sentiasa membandingkan harga sesuatu produk sebelum membeli |
Selain itu, kita juga boleh menyimpan kupon-kupon makanan murah/percuma yang terdapat di dalam akhbar ataupun majalah. Bukannya kedekut, tapi tidak salah jika kita gunakan kupon itu, dapat juga kita berjimat.
contoh kupon makanan |
Selain itu, kita boleh membeli secara pukal. Belian barangan keperluan harian secara pukal dapat menjimatkan wang dengan baik. Antara contoh barang yang sesuai dibeli secara pukal ialah beras, gula, susu tepung dan sebagainya. Pada mulanya, kita harus mengeluarkan modal yang agak besar, tetapi, ia sebenarnya lebih menjimatkan berbanding membelinya satu persatu. Ia juga dapat mengurangkan aktiviti ke pusat beli-belah.
Ia sedikit sebanyak dapat mengawal diri kita dari berboros ketika membeli-belah. Terdapat banyak lagi cara untuk menjimatkan wang. Antaranya ialah membeli di kedai dalam talian, yang akan saya kupas di entri seterusnya.! Tunggu!
8 comments:
Kalau pelajar, tak boleh apply pukal2 tu
Setuju dgn pendapat bandingkan harga tu.. janganla main beli je, tengok mana murah, baru jimat kan?
Ade baucer kfc lebih tak? nak free boleh? hehehe
sya, gambar banding harga tu, tgh nak beli barang keperluan ke keinginan? hahaha
@amiey: utk family boleh
@zaid: betul
@uncle kfc. takleh! haha
@fazura: keinginan, haha takla, keperluan laa
Post a Comment