Friday, 18 May 2012

Alam sekitar dan pengguna


Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

Pengguna dan pengeluar memiliki tanggungjawab masing-masing untuk memelihara dan memulihara alam sekitar agar alam sekitar sentiasa bersih daripada sebarang pencemaran. Pengilang harus memastikan proses pengeluaran tidak menjejaskan kualiti alam sekitar. Pengilang harus menggunakan cara pengeluaran yang tidak merosakkan alam sekitar seperti alat penapisan asap pada cerombong asap. pengilang juga harus mencari alternatif terbaik bagi pembuangan sisa sampah supaya tidak menjejaskan alam sekitar.

Pengguna juga bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dan alam semula jadi. Pengguna bertanggungjawab untuk mengetahui kesan terhadap persekitaran akibat perbuatan mereka. Pengguna harus sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar agar muka bumi dapat dilindungi untuk tatapan generasi akan datang.

sumber
:: Jadilah pengguna yang bijak! ::

Thursday, 17 May 2012

..........jimat!

klik gambar untuk gambar yang lebih jelas




:: Jadilah pengguna yang bijak! ::

..........cara meminimakan aktiviti membeli belah dan mulakan kehidupan!

          Maksimakan kreativiti anda! Kita harus berinovasi dalam mengurangkan aktiviti membeli-belah yang tidak terkawal. Di samping mengawal aktiviti membeli-belah dapat dikurangkan, kita juga boleh menjaga kesihatan. Tak percaya?


  • buat satu senarai barang yang ingin dibeli sebelum membeli-belah
  • simpan 1/3 wang pendapatan/elaun sebagai persediaan masa hadapan
  • berfikir 2-3 kali sebelum membeli sesuatu
  • bercucuk tanam
  • mengitar semula bahan terbuang
  • menggunakan barangan buatan Malaysia
          
          Menyihatkan bukan apabila aktiviti membeli-belah digantikan dengan bercucuk tanam? Selain itu, kita juga tidak perlu mengeluarkan wang perbelanjaan lebih untuk membeli sayur di pasar. Selain berbakti kepada tanah, kita juga dapat menjaga kesihatan tubuh badan kita dengan mengeluarkan peluh.

sumber carian google

          Mengitar semula bahan terbuang boleh mengurangkan tahap pencemaran di bumi yang kini semakin meningkat serius. Kita seharusnya prihatin dengan keadaan bumi yang kita duduki ini.

kitar semula dapat mengurangkan sisa buangan

          Akhir sekali, gunakan barangan buatan Malaysia. Dengan ini kita dapat menjaga kestabilan ekonomi negara kita. Barangan buatan Malaysia juga terjamin kualitinya selain harganya yang berpatutan.


saya sokong, anda?

Sehingga berjumpa lagi.!


    :: Jadilah pengguna yang bijak! ::

    Wednesday, 16 May 2012

    ..........membeli-belah dalam talian!

              Menurut Wikipedia, membeli-belah dalam talian ialah proses yang pengguna lakukan untuk membeli produk atau perkhidmatan dalam Internet. Kedai dalam talian, e-kedai, kedai Internet, kedai sesawang atau kedai maya kesemuanya adalah padanan dalam talian kepada peruncit batan dan lepa dan pusat membeli-belah.

              Pembelian dalam talian memperkenalkan cara-cara yang baharu untuk mengurangkan kos dengan mengurangkan bilangan kakitangan yang diperlukan. Ini merupakan cara yang lebih berkesan untuk menjual produk kepada pembeli dari seluruh pelosok dunia.


    antara contoh butik secara dalam talian




    laman sosial seperti facebook pun ada



    Faedah membeli-belah secara talian:

    • Kuasa tawar-menawar pengguna yang kini menghayati lebih banyak pilihan
    • Kuasa pembekal (adalah lebih susah untuk pengguna mengurus saluran bukan digital).
    • Meningkatkan pengkomoditian.
    • Ancaman peserta baharu, kedai dalam talian memudahkan pengenalan produk dan perkhidmatan baharu, dengan overhed yang lebih rendah.
    • Ancaman pengganti produk dan perkhidmatan.
    • Persaingan anatara pesaing (kedai dalam talian memudahakn pengenalan produk dan perkhidmatan kepada pasaran-pasaran yang berbeza).
              Jadi membeli-belah secara dalam talian juga banyak faedahnya.

    sumber
              

    :: Jadilah pengguna yang bijak! ::

    ..........antara keperluan dan nafsu!

              Memang seronok membeli-belah di pasaraya di Malaysia. Malah, tidak ke pasaraya pun kita masih boleh membeli-belah. Rambang mata sudah menjadi perkara biasa. Namun begitu, harus diingat, kita harus mengawal perbelanjaan kita.

              Tanya diri sendiri, adakah barang yang kita beli ini keperluan atau keinginan? Jika keinginan, jangan beli tergesa-gesa, jika ada wang yang mencukupi, sekali sekala memenuhi keinginan tidak mengapa.

              Adakah saya boleh mendapatkan harga yang lebih murah di kedai lain? Antara produk A dan B mana lebih berkualiti dan berpatutan harganya? Rajinkanlah diri kita membuat perbandingan, beza yang kecil tidak mengapa, asalkan lebih menjimatkan.

    saya sentiasa membandingkan harga sesuatu produk sebelum membeli


              Selain itu, kita juga boleh menyimpan kupon-kupon makanan murah/percuma yang terdapat di dalam akhbar ataupun majalah. Bukannya kedekut, tapi tidak salah jika kita gunakan kupon itu, dapat juga kita berjimat.

    contoh kupon makanan

              Selain itu, kita boleh membeli secara pukal. Belian barangan keperluan harian secara pukal dapat menjimatkan wang dengan baik. Antara contoh barang yang sesuai dibeli secara pukal ialah beras, gula, susu tepung dan sebagainya. Pada mulanya, kita harus mengeluarkan modal yang agak besar, tetapi, ia sebenarnya lebih menjimatkan berbanding membelinya satu persatu. Ia juga dapat mengurangkan aktiviti ke pusat beli-belah. 

    belian pukal


               Ia sedikit sebanyak dapat mengawal diri kita dari berboros ketika membeli-belah. Terdapat banyak lagi cara untuk menjimatkan wang. Antaranya ialah membeli di kedai dalam talian, yang akan saya kupas di entri seterusnya.! Tunggu!

       
    :: Jadilah pengguna yang bijak! ::

    ..........wang!

    wang memainkan peranan penting

              Tanpa wang, kehidupan manusia menjadi sukar apabila urusan jual beli tidak dapat dilaksanakan. Tambahan pula, sejak zaman pra-sejarah lagi sistem barter telah digunakan bagi urusan jual beli sebelum kemunculan nilai mata wang yang lebih spesifik dan lebih teratur penggunaannya.

    sistem barter pada zaman dahulu

              Hari berganti hari, penggunaan wang telah berkembang secara meluas ke serata dunia. Ia sedikit sebanyak telah merubah kehidupan individu selari dengan perkembangan teknologi di dunia ini.

              Dewasa ini, wang dan material amatlah diutamakan. Justeru, ia mendorong individu untuk menggunakan wang mereka secara boros dan tidak berfikir panjang. Tanpa berkira-kira terlebih dahulu, kita lebih gemar memiliki material tersebut tanpa memikirkan masa yang akan datang. Bagi saya, penggunaan wang yang baik haruslah dititikberatkan bagi memastikan kehidupan kita akan menjadi lebih mudah di masa depan.

              Setiap individu inginkan keselesaan dalam kehidupan . Bagi mencapai keinginan tersebut,  pengguna perlu ada sistem pengurusan wang yang berkesan agar perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik. Jika pengurusan dibuat secara sistematik, pengguna dapat menjimatkan wang berkali-kali ganda!

    jom berjimat-cermat

              Jika kewangan tidak dirancang secara baik, ia akan menimbulkan banyak masalah. Antara masalah yang mungkin timbul ialah hutang. Tentu kita tidak mahu hutang mengelilingi kita keliling pinggangkan? Jadi, fikirkanlah!

    :: Jadilah pengguna yang bijak! ::

    Segala yang tercatit di dalam blog ini merupakan hasil tulisan iusyamimi